012-4064790

Assalamualaikum semua

Masa berlalu pantas sekarang dah masuk Bulan Februari  2017. Awal tahun begitu memang penuh dengan aktiviti terutamanya sukan.Tiap-tiap hari memang ada latihan sukan kat sekolah.  Kalau sesi pagi latihan sukan waktu petang dan sesi petang latihan  disebelah pagi.


Setiap rumah sukan memang berusaha bersungguh-sunguh untuk melahirkan atlet yang serba boleh bagi mengharumkan nama sekolah.

Rahsia Cergas

Satu petua atlet sekolah saya cergas adalah ialah pengambilan vitalea.Anda nak tahu sebenarnya sudah beberapa tahun atlet sekolah saya mengamalkan Vitalea sebagai supliment tambahan agar  pelajar sentiasa cergas. Respon pelajar pun baik..Walaupun lasak berlatih sukan tetapi badan mereka tetap cergas dan dapat mengikuti pdp  dengan baik.

Multivitamin Pertama Dunia




Rupa-rupanya Vitalea merupakan multivitamin yang pertama dicipta di dunia. Selari dengan peningkatan teknologi Vitalea telah bertukar dari bentuk cecair kepada  tablet.

Setiap tablet ada 30 nutrien lengkapyang diekstak  daripada sayu-sayuran, buah-buahan  dan 12 vitamin serta 7 mineral yang disarankan oleh RDA.

Setiap tablet  diselaputi juga oleh serbuk Spirulina sebab tu kita lihat tablet ini berwarna hijau.

Ujian Klinikal telah menunjukkan bahawa pengambilan VItalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65 %.


Vitalea juga telah dipilih oleh Center Of  Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multi Vitamin didalam Public interest pada tahun 2000.

Vitamin yang Terkandung dalam Vitalea







Biotin- membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak.

Vitamin D- Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi.

Beta Karotene- Untuk meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem keimunan

Vitamin E- Meningkatkan kesihatan hati dan usus

Kalsium - Menyokong kesihatan tulang

Boron- membantu metabolisme Vitamin D dan mineral untuk perkembangan tulang

Magnesium- Menyokong Kekuatan Tulang

Manfaat Utama

Penambah Tenaga segera- untuk kecergasan  tubuh dan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam pembelajaran dan kerja harian.

Pelengkap Nutrisi

Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh dilengkapkan dengan pengambilan Vitalea.

Metabolisme- Membantu dalam meransang  metabosme


Cara Makan

Secara umumnya Vitalea boleh diambil 2 kali sehari selepas makan. Setiap botol mengandungi 120 biji dan boleh tahan selama 4 bulan sekiranya diambil sebiji setiap hari.


         
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Mimi Rohana untuk:-
FREE CONSULTATION
012-4064790
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
-





Assalamualaikum semua.

Hari ni teruja nak cerita tentang pil putih ... Ostematrix. Sebab bulan ni ada promosi best...Beli 6 Percuma 1 dan  beli 2  diskaun 5%


Jom kita study apakah tanda-tanda kekurangan kalsium?






1. Badan selalu letih
2. Kaki mudah cramp, kebas dan selalu lenguh.
3. Mudah sakit gigi dan gusi mudah berdarah
4. Rambut kasar
5. Tumit kaki pecah
6. Sembelit

Cuba check ada tak tanda-tanda ini kat diri masing-masing. Saya sendiri ada mengalami masalah seperti diatas.


Untuk info wanita lebih berisiko lebih tinggi untuk mengalami masalah kekurangan kalsium dan mudah mendapat Osteoporosis iaitu tulang rapuh. Kenapa wanita?Struktur tulang lelaki lebih padat dan lebih besar dibandingkan dengan tulang wanita. Jadi wanita lebih terdedah kepada masalah tulang rapuh.



Osteoporosis sebenarnya menjadi pembunuh senyap terutamanya pada wanita yang berumur 50an keatas Kerana tanpa kita sedari kita  sentiasa kehilangan kalsium setiap hari kalau tidak diganti dengan sendirinya kita akan terdedah kepada risiko osteporosis(tulang rapuh). Kalau kita terjatuh mudah sahaja bahagian tulang akan patah dan boleh menyebabkan hilang keupayaan kekal.


Faktor kehilangan kalsium oleh wanita

1.Haid

Setiap bulan wanita akan kehilangan darah haid . Apa yang ada dalam darah haid ? Darah dan dinding sel- sel yang mati. Kalsium amat diperlukan untuk pembinaan semula dinding sel.


2. Ketika Hamil

Fetus dalam kandungan ibu memang memerlukan kalsium dengan banyak. Sumber kalsium diperolehi dari makananyang diambil oleh ibu sekiranya sumber kalsium masih tidak cukup. Kalsium dari ibu sendiri akan diserap oleh fetus.Sebabitu kita sering mendengar ibu-ibu mengalami kerosakan gigi  disebabkan pengambilan kalsium yang tidak mencukupi.


3. Menyusu
Sebaik sahaja melahirkan bayi. Ibu-ibu juga perlukan banyak kalsium untuk penghasilan susu yang banyak.

4.Pengambilan Pil Perancang Keluarga

Wanita yang mengambil pil perancang juga berisiko kehilangan kalsium dengan banyak.Pengambilan  pil perancang dalam jangka panjang boleh mendedahkan kepada risiko osteoporosis.


Tips pemilihan kalsium


                                             

                         

1. Hindari jenama yang mengandungi kalsium semata-mata. Banyak jenama yang di jual di Farmasi dan kita mesti bijak memilih. Kita perlu memilih pil kalsium yang mengandungi mineral-mineral lain yang mmbantu penyerapan kalsium. Sekiranya penyerapan kalsium  tidak sempurna akan menyebabkan masalah batu batu karang.



Ostematrix pilihan terbaik

1. Mudah ditelan

Tablet ostematrix ni sangat  mudah ditelan dan tiada bau. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan susu. Anda perlu mengambil 4 gelas minuman susu kalsium tinggi setiap hari untuk mencukupkan keperluan kalsium semasa.

                    
2.Lengkap
Secara umumnya keperluan kalsium setiap individu dewasa ialah 1000 mg . Setiap tablet ostematrix bersamaan dengan 250mg .Anda hanya perlu mengambil 4 biji untuk keperluan kalsium harian.

Ostematrix mengandungi kalsium, Magnesium, Vitamin D dan vitamin lain seperti Boron, Mangan dan ferum. Vitamin D  sangat penting untuk membantu penyerapan kalsium..

InsyaAllah dengan pengambilan ostematrix dapat membantu kita untuk lebih sihat  disamping keluarga tercinta.

                                                 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Mimi Rohana untuk:-
FREE CONSULTATION
012-4064790
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!







Assalamualaikum dan  salam sejahtera


Hari ni saya nak cerita tentang penyakit Gout pula.. Selalu orang kata penyakit ni penyakit orang kaya... Sebabnya mungkin berkaitan dengan  pengambilan makanan  dan minuman yang terlebih khasiat.

Dari segi fisiologi badana manusia  bahan kumuh dikumuhkan  melalui air kencing. Tetapi bagi pengidap gout asid urik yang berlebihan tidak dibuang tetapi  berkumpul pada sendi.

Biasanya penyakit ini menyerang lelaki yang berumur antara 30-60 tahun. Wanita pula jarang-jarang menghidap penyakit ini sebelum monopous.

Tanda -tanda penyakit 


*Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
*Ibu jari kaki menjadimerah, panas , bengkak dan tersangat sakit
*Sendi yang di serang menjadi bisa sehingga geseran  dengan selimut pun menyeksakan.
* Gout juga boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi

* Asid urik boleh berkumpul dibawah kulit membentuk benjolan di panggil 'tophi'




* Saluran kencing ia boleh berkumpul membentuk batu karang
* Penghidap gout juga sering  menghidap penyakit atau masalah kesihatan lain seperti
   
        -Kegemukan
        -Darah tinggi
        -Diabetes

Rawatan

Gout adalah penyakit yang boleh dirawat.Selain itu  makanan dan minuman tertentu perlu dikurangkan contoh seperti makanan laut. seperti udang, sotong  dan ketam.




Baru-baru ni kawan sekolah juga mengadu suami beliau ada masalah gout. Cerita kawan saya suaminya hanya bertahan dengan ubat tahan sakit sahaja. Kesian betul  bila saya mendengar cerita beliau. 

Beliau juga bertanya tentang suplimen shaklee untuk merawat penyakit suaminya. saya mencadangkan agar beliau mencuba Alfalfa, Omega dan Performance Drink sebagai set asas merawat gout.


Alhamdulillah  selepas seminggu  suami beliau mengambil set ini kesihatan suami kawan saya semakin baik. Cerita kawan saya  suaminya dah boleh menyangkul dan berkebun dan mula   bermain golf!!!

Saya rasa sangat gembira kerana dapat membantu meyelesaikan masalah suami kawan saya .Saya doakan semoga beliau  lebih sihat  ceria.




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Mimi Rohana untuk:-
FREE CONSULTATION
012-4064790
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!





Assalamualaikum dan  selamat sejahtera  kepada semua pembaca blog saya.Sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk dengan kerja hakiki maklumlah makan gaji.

Cikgu sekolah anak telefon

Hati saya berdebar-debar bila suami telefon saya mengatakan anak saya berada dihospital.Rupa-rupanya anak saya terjatuh dalam kelas. Budak-budak semasa masa peralihan kelas ni kadang-kadang suka gurau-gurau terutama budak lelaki gurauannya agak kasar. bila terjatuh  anak saya menangis kerana tangannya sakit.

Nasib baik guru kelasnya cepat membawa Azim kehospital untuk di x-ray.Selepas waktu sekolah saya dan suami bergegas kehospital. Sewaktu kami sampai Azim sedang berada dalam bilik rawatan.


                                         


                                                                     Patah Tangan  ke?
Muka sedih



tunggu nak  x-ray
Tidur Kat Ward

Selepas pemeriksaan ternyata tulang sendi Azim retak. Jadi terpaksalah  bermalam di ward. Nasib baik kak Ngahnya sedang cuti semester bolehlah  temankan anak teruna sorang ni.


                                                              tangan beranduh

Pengalaman berada dihospital sungguh menginsafkan . Kes yang patah juga banyak terutamanya yang exciden. Azim  sangat bertuah kerana tangan yang retak tu tangan kiri jadi bab nak menyuap makanan tu tak ada masalah. Dua malam juga anak teruna ni berehat kat hospital.
saudara mara  melawat

setiap hari mesti ambil



Untuk mempercepatkan proses penyembuhan  saya berikan Azim Ostematric dan Omega. Alhamdullilah semasa rawatan susulan baru-baru ni Dr menyatakan keretakan tulang  Azim semakin pulih.


Selepas discharge Azim dapat MC hampir sebulan. Tapi  Azim pergi sekolah juga. Katanya bring dudk kat rumah sorang-sorang. Alhamdulillah walaupun memakai anduh.Azim dah boleh pergi sekolah dengan izin Guru Besar. Tahun ini Azim ada Upsr jadi tak boleh  cuti lama sangat . Doakan semoga anak saya berjaya dalam UPSR  bulan September nanti.


Sekiranya anda berminat untuk menambah pendapatan dengan shaklee boleh berhubung  dengan saya

mimi rohana amjan
Sid 929478
0124064790

Assalamualaikum dan selamat selamat sejahtera

Hari ini saya akan kongsikan  result peserta Neck yang baru Grad Batch 10...Memang teruja tengok.



Berjaya Turun 23.3kg Dalam Program NECK
===================================

Timbangan 15/02/2016

Rekod Berat NECK Batch 10
=====================
Nama: Salbiah

Berat Asal :   95kg
Tinggi.        :  159cm

Minggu Ke-2 :  90kg (-5)
Minggu ke-4 :  88kg (-2)
Minggu ke-6 :  85kg (-3)
Minggu ke-8:   81.6kg (-3.4)
Minggu ke-10: 77.9kg (-3.7)
Minggu ke-12: 74.5kg (-3.4)
Minggu ke-14: 71.7g (-2.8)

Jumlah Penurunan :   23.3kg
Target Penurunan 100 hari : 26kg

Alhamdulillah saya Kurus dan Sihat

In Shaa Allah... saya jadikan NECK sebagai gaya hidup dalam kehidupan harian saya... NECK terbaik! Coach terbaik! Crew2 terbaik! Sahabat Batch 10 terbaik! 

Saya doakan kalian berjaya dunia dan akhirat! 

Sebak pula rasanyaa.. 100 hari penuh bermakna buat saya.. menjadikan saya daripada seorang yang tidak beryakinan kepada yang lebih beryakinan... menjadikan saya daripada seorang tidak kuat kepada seorang yang kuat... 

NECK mengajar saya..kalau tak mahu orang pandang rendah dan memperlekehkan kita yang gemuk ni... (hakikat hati seorang berbada besar) kita kena berusaha sendiri... nothing is possible.. 

Always pegang USAHA, DOA dan TAWAKAL... bak kata coach FAST ACTION FAST RESULT.. thank you semua! 

Ucapan terima kasih kepada MF yang diberikan ilham untuk menghasil NECK.. membantu orang lain mencapai kehidupan lebih sihat! 

Hanya Allah dapat membalasnya. Semoga NECK terus maju dan MF diberkati Allah. 

Anda berminat untuk sertai Program Now Everyone Can Kurus?





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Mimi Rohana untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MIMI ROHANA AMJAN
SID 929478
SMS /WHATSAPP 012-4064790  -


Sakit Kulit

Baru-baru ini ada sorang customer contact saya  beliau ada masalah psioris .  Saya ingat masalah kulit alahan sahaja . Tapi hampir satu badan mengalami masalah.Katanya masalah ini bermula ketika mengandung. Sehingga beliau terlantar dihospital dalam tempoh yang agak lama.

Selepas bersalin masalah kulit beliau masih tidak selesai.Setiap bulan beliau terpaksa berjumpa dengan doktor pakar dihospital. Beliau juga tidak dapat menyusu baby  dengan sempurna.

Selain mengambil ubat-ubat hospital beliau juga   ingin mencuba produk shaklee. 



 


Alhamdulillah

Setelah mencuba produk shaklee selama 2 bulan  kulit beliau semakin pulih. Kulit tidak mengelupas lagi seperti dulu. Saya juga terperanjat melihat perubahan kulit beliau.  Disamping  mengamalkan B Complex, Vit E,  Vit C dan Gla  beliau juga sapukan Herbal Blend untuk mengurangkan kegatalan kulit.


Kembali Ceria

Wajah beliau lebih ceria sewaktu saya berjumpa baru-baru ini.Katanya berat badan pun dah bertambah  dan beliau tidak lagi stress seperti dulu.Saya doakan  semoga Ida semakin sihat  dan ceria bersama keluarga. 



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Mimi Rohana untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MIMI ROHANA AMJAN
SID 929478
SMS /WHATSAPP 012-4064790 

Island Hoping

Kalau datang  ke Langkawi mesti nak jalan-jalan. Jangan tak tahu island hoping kat pulau-pulau kecil di sekitar kepulauan Langkawi sangat menarik.

Kali ini anak-anak saudara saya decide nak kepulau Beras Basah , Pulau Dayang Bunting  dan Eagle Feeding.

Cuti panjang sempena tahun baru cina  kali ini memang ramai pelancong yang datang kelangkawi. Untuk trip Island Hoping ini kena tempah dulu bot yang ingin di sewa.


muka ceria


Jeti untuk ke pulau-pulau ini terletak  berdekatan dengan   Hotel Awana Porto Malai..Ada ramai pengusaha bot sewa disitu. 

Tapi pastikan memilih pengusaha bot yang memiliki ciri keselamatan seperti life jacket. Anak-nak saya memilih menyewa bot yang agak besar memandangkan ramai sepupu mereka juga  ingin turut serta. Bayaran untuk sebuah bot yang boleh memuatkan 12 orang ialah RM250.00


tak sabar tunggu bot



Perjalanan yang mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke Pulau Beras Basah. Dulu pulau ini sangat menarik kerana  banyak hidupan liar di pelihara di sini tetapi kini bilangannya sudah berkurangan..

singgah makan nasi lemak kat pulau beras basah






dah sampai  kat pulau dayang bunting

Pulau Dayang Bunting.

Pulau dayang Bunting  sangat istimewa dengan lagendanya seperti buaya putih  dan dikatakan  juga pasangan suami isteri  yang bertahun tahun berkahwin telah hamil setelah isterinya minum air dari tasik ini.

Banyak kemudahan disediakan untuk pelancong yang ingin mandi manda dan berkayak di tasik air tawar ini.

seronoknya

pandai ke berkayak tu.





Sekiranya anda ingin ke Langkawi anda dialu-alukan untuk menginap di homestay kami

ADANAN HOMESTAY KUAH LANGKAWI
No 21, TAMAN  MAHSURI,
KUAH  LANGKAWI
HUBUNGI : ADANAN LONG 017-5680972
                     MIMI ROHANA BT AMJAN -012-4064790
                      Email mimi.rohana5@gmail.com
                      www.mimirohana.com














Tips kURUS : Jadi Katak Pekak

Tips kali ni saya nak cerita satu kisah katak.

Pernah dengar kisah katak pekak? Kepada anda yang pernah dengar cerita ini anggaplah ini siaran ulangan.

Pada suatu hari ada sekumpulan katak yang sekian lamanya dalam perigi nak berlumba antara satu sama lain untuk memanjat sebatang tiang yang licin untuk naik ke atas. Kepada siapa yang sampai ke puncak akan dinobatkan sebagai pemenang.

Beberapa ekor katak gigih memanjat tiang licin itu demi kemenangan. Manakala sebahagian katak-katak lain di bawah tukang sorak dan kritik.

Katak-katak di bawah berteriak
"Alaa...korang tak boleh panjatlah. Tiang tu licin."

Katak lain pula bersorak
"Sudahlah buat penat je korang panjat. Tiang tu tinggi sangat. Manakan terdaya korang berbadan kecil nak sampai ke puncak.

Maka seekor demi seekor katak-katak yang ambil bahagian kecundang dan jatuh kecuali seekor katak kecil masih gigih memanjat tanpa menghiraukan rakan-rakan lain.

Sedangkan katak-katak di bawah masih memerli-merli katak kecil yang gigih itu. " kau takkan sampai ke puncak, sekejap lagi kau pasti jatuh"

Namun katak kecil itu masih meneruskan usahanya sehinggalah akhirnya ia berjaya sampai ke puncak.

Katak di bawah tergamam dan hairan bagaimana katak kecil itu boleh berjaya.

Katak-katak lain busybody menanya apa rahsia katak kecil hingga boleh sampai ke puncak dengan jayanya.

Krik..krik..krikk...krikk!!

Katak kecil hanya tersenyum.

Rupanya, katak kecil itu PEKAK. Ia beranggapan kritikan rakan-rakannya tadi adalah sorakan semangat yang memberi energy kepadanya untuk terus memanjat dan memanjat hingga berjaya ke puncak.

MORALNYA : kalau anda nak berjaya jangan jadi kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anda sebagai pematah semangat malah jadikan kata-kata mereka sebagai dorongan. Pekakkan telinga. Jadikan ia sebagai dorongan kejayaan.

Tentu anda pernah mendengar kritikan rakan anda kan bila anda berimpian kurus.
"Alaa....ko mana boleh kurus, makan 3 4 pinggan..boleh ke?"

"Ko memang dah sejak azali dilahirkan bam bam, tak payah lah nak kurus"

Nasihat saya, jadikan kata-kata mereka sebagai perangsang untuk anda berusaha gigih untuk kurus.

Done GIVEUP!

SAYA DOAKAN ANDA KURUS DAN SIHAT


HUBUNGI GENG NECK
012-4064790



Anak Dara Kena Demam Campak

Saya ada 3 orang ada perempuan dan 3 orang anak lelaki Semasa mereka kecil-kecil dulu tak pernah pun kena demam campak. Nak di jadikan cerita anak lelaki saya telah terjangkit demam campak ni dari kawannya di tadika.

3 orang puteri kesayangan
Adik demam campak

Bila adik mereka kena demam campak anak-anak dara saya ni dah susah hati  bimbang terjangkit. Tapi bila tinggal serumah ni memang tak boleh nak elak.Seorang demi seorang anak-nak perempuan saya mula  demam dan timbul butir-butir kemerahan yang besar-besar. Apa lagi ...memang betul kena demam campak.!!!

Biasa la anak-anak perempuan ni sangat particular dengan paras wajah. Naik jerawat banyak pun susah hati tambah la lagi parut demam campak.



Rawatan demam

Untuk pastikan biji-biji campak ini keluar saya buatkan sup ayam untuk anak-anak..Seterusnya saya berikan mereka minum air kelapa muda

Untuk kurangkan rasa kegatalan di badan saya dapatkan daun mambu untuk mereka gosok diseluruh anggota badan.

daun mambu

Alhamdullilah selepas seminggu demam mereka mulai reda dan biji-biji yang keluar mulai kecut dan kering.Kebetulan  bahagian muka mereka sangat teruk dengan biji-biji campak ni.. Memang tak keluar rumah anak-anak dara saya ni sebab rasa malu.

Syukur bertemu Vitamin Cantik

Kebetulan dirumah ada stok Vitamin C dan Vitamin E.Jadi berikan kedua-dua vitamin ini untuk anak-anak bagi mengurangkan kesan parut demam campak.Alhamdulillah pengambilan kedua dua vitamin ini sangat membantu proses pemulihan parut. Kini kulit anak-anak saya sudah pulih sepenuhnya.


Promosi Jun

Tak sangka pula  bulan Jun Shaklee  bagi offer untuk set vitamin cantik ni. Menjelang hari raya nanti tentu ramai yang nak kelihatan berseri-seri di hari lebaran. Kalau baju aje cantik tapi kulit nampak kusam dan berjerawat tentu kurang menarik.


Jom jangan tunggu lama-lama kita grab vitamin cantik ini dengan harga promosi yang hebat.

Kalau anda join ahli bulan ini juga ada tawaran menarik untuk anda :
       
                                                DAPAT VITAMIN VITALEA FREE




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Mimi Rohana untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MIMI ROHANA AMJAN
SID 929478
SMS /WHATSAPP 012-4064790




Laktut

Penduduk Langkawi sangat mengemari ulam laktut ini.Bila sebut laktut  rasa kecur air liur. Ia sejenis 
tumbuhan yang hidup dipesisiran pantai.. Terdapat 2 jenis laktut. Pertama laktut jenis lipan yang mempunyai cabang yang lebih panjang. Manakala jenis lada cabangnya lebih pendek.

Rasanya sedikit masin dan biasanya dimakan bersama sambal kerisik.Tumbuhan ini biasanya banyak didapati di perairan  berhampiran Belanga Pecah.Manakala Laktut jenis lada boleh didapati di Pulau Tuba.
Jenis Lipan

 Biasanya laktut ini banak dijual di market dan juga pasar malam tetapi akhir-akhir ini tumbuhan ini sudah semakin berkurangan. Mungkin  faktor pembangunan yang semakin pesat  dipulau ini menyebabkan tumbuhan ini semakin berkurangan.

Jenis lada
Sekiranya anda memerlukan tempat penginapan di Pulau Langkawi anda boleh menginap di Homestay kami

Adanan Homestay
No. 21, Taman Mahsuri
Pekan Kuah Langkawi

Hubungi Adanan Long
017-5680972